SELAMAT DATANG

Assalamualaikum..Blog ini merupakan salah satu cabang interaktif untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua. terutama dalam bidang Pendidikan Khas dalam konteks pendidikan di Malaysia.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini...

Tuesday 17 July 2012

TUGASAN (KAEDAH PENGAJARAN SAINS)


KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS (AMALI)
Hutan Simpan Bukit Nenas
Tarikh : 2 Julai 2012


Tugasan
Nama  tugasan : Aplikasi Kemahiran Proses Sains Asas melalui penerokaan HSBN.
Jenis tugasan : Berkumpulan (3 orang ahli).
                                

1.    Apakah bukti yang menunjukkan bahawa hutan ini dikategori sebagai Hutan Dipterokarp Pamah?

2.    Senaraikan ciri-ciri  Hutan Hujan Tropika ini.

3.    Banding beza hutan simpan ini dengan hutan-hutan disekelilingnya.

4.    Perincikan morfologi salah satu flora yang terdapat dalam hutan ini yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi negara.

5.    Terokai hutan ini dan gambarkannya di dalam sebuah kertas A4 mengenainya.

6.    Namakan Institusi pendidikan yang terletak dipinggir hutan ini.

7.    Bincangkan ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini dan apakah kesannya  jika ianya berlaku.

8.    Jelaskan dengan contoh setiap kemahiran proses sains asas yang anda aplikasi sepanjang penerokaan di hutan ini.

9.    Beri pendapat anda mengenai kaedah pengajaran secara field trip yang dilakukan ini.



           

23 comments:

  1. Jawapan:

    1. Kayu Dipterokarp dan kayu non-Dipterokarp
    2. Tumbuhan malar hijau
    3. Hutan dara/ hutan batu
    4. Pokok cengal, merawang, resap, balak, cengal
    5.
    6. SMK Bukit Nenas
    7. Pembalakan haram yang menyebabkan kemusnahan habitat flora dan fauna
    8. Pemerhatian
    9. Kaedah pengajaran begini dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar bukan sekadar teori sahaja.
    Kump : Amirnudin, Roslan dan Irwan

    ReplyDelete
  2. Pembetulan Jawapan :
    1. Kayu Dipterokarp - cengal, balak
    Kayu Non Dipterokarp - Jelutong, Punai
    7. Ancaman - lokasi hutan yang teletak di tengah-tengah bandar menyebabkan hutan ini terdedah kepada pencemaran seperti pencemaran bunyi dan pencemaran udara.

    Kump : Amirnudin, Roslan dan Irwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawaban kumpulan anda terlalu ringkas dan adalah yang salah seperti jawaban soalan 3 - tidak buat banding beza pun. Jawaban soalan no 4 pun salah. Tengok kamus apa maksud morfologi.

      Bagi jawaban no 8 - Tiada penjelasan dan adakah hanya satu KPS sahaja digunakan?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt...
    Group : Dhalila Bt Sulaiman
    : Fatimah Bt Abu Bakar
    : Intan Nazlia Bt Tormudzi
    : Junadiah Bt Mohd Tahir
    : Nik Azeyati Bt Nik Mohd Yusoff

    Jawapan:

    1. Bukti yang menunjukkan Hutan simpan Bukit Nenas ini merupakan Hutan Dipterokarp Pamah ialah terdapat berbagai-bagai jenis pokok berkayu di dalamnya. Antaranya ialah pokok chengal, pokok merawan, pokok meranti dan pokok resak.

    2. Ciri-ciri hutan simpan ini ialah:
    a)Malar hijau -Tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun kerana tiada musim luruh yang nyata.
    b)Hutan padat dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Contoh, pokok-pokok berkayu, pokok-pokok renek, pokok herba, terdapat pelbagai haiwan seperti burung, landak, tapir, ular dan sebagainya.
    c) Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:
    i.Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)
    ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter
    iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter
    iv. Lantai hutan(kurang 10 meter

    3. Banding beza:
    Hutan Simpan Bukit Nenas - Hutan yang dipelihara daripada penerokaan, merupakan hutan dipterokarp pamah, spesis flora dan faunanya dijaga daripada mengalami kepupusan.
    Hutan disekelilingnya - Hutan yang tidak dipelihara, boleh diterokai untuk pembangunan. sumber hutan tidak mengandungi khazanah yang bernilai seperti pokok chengal, meranti dan sebagainya.

    4. Morfologi pokok chengal: berakar banir, berkayu keras, kulit pokok yang mempunyai damar penak digunakan dalam pembuatan varnis. pokok yang mengeluarkan buah bersayap,kulit batang licin dan beralur, bentuk daun bulat dan meruncing di hujung.

    5. Sekolah kebangsaan Convent Bukit Nenas.

    6. Ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini: ancaman utama ialah pembangunan yang tidak terancang yang boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna di dalam hutan ini. pembangunan boleh menyebabkan khazanah seperti pokok chengal, meranti, keruin dan sebagainya akan berkurangan untuk tatapan generasi masa depan. fungsi hutan ini sebagai kawasan tadahan hujan juga akan terhapus jika diancam pembangunan, penerbangan pokok akan mengurangkan bekalan oksigen sekaligus meningkatkan suhu di sekitanya. haiwan juga akan kehilanagn tempat tinggal. selain itu, ia juga akan memberi risiko kepada terjadinya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan soalan no 3 salah. APAKAH NAMA HUTAN DISEKELILING HSBN? Hutan batu la. Kan banyak bangunan....

      Delete
  9. 7. Kemahiran proses sains:
    1. Pemerhatian: Kualitatif ( keadaan hutan yang tenang dan dingin, dipenuhi tumbuh-tumbuhan bewarna hijau, terdapat banyak pokok berkayu). Kuantitatif ( terdapat tujuh jenis pokok berkayu yang dijumpai, seramai 23 orang pelajar menerokai hutan tersebut pada waktu itu)
    2. Pengelasan:
    a) pokok berkayu ( chengal, keruin, merawan, resak, nyatoh)
    b) pokok tidak berkayu ( rotan,buluh, bunga kantan, pandan)
    c) haiwan berbulu: tapir, kucing hutan, tupai,babi hutan, kancil.
    d) haiwan tidak berbulu: landak, ular, biawak,tenggiling.

    3. Mengukur menggunakan nombor: hutan ini berusia 106 tahun, ukit lilit batang pokok resak ialah 157 inci.

    4. Membuat Inferens:
    - Hutan simpan ini ditumbuhi tumbuhan yang menghijau dan segar kerana kawasannya terpelihara daripada pencemaran alam sekitar.
    - pokok-pokok yang berharga yang terdapat di dalam hutan ini masih terpelihara kerana hutan ini dijaga dengan baik daripada ditebang.

    5. Meramal: Jika hutan ini diterokai, haiwan-haiwan akan kehilangan tempat tinggal. Bekalan oksigen akan berkurangan di kawasan sekitar jika hutan ini ditebang. jika hutan diterokai, ia akan mendedahkan kepada risiko bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.

    6. Berkomunikasi:
    - pelajar berkomunikasi sesama ahli kumpulan dalam proses mencari maklumat.
    - pensyarah menyampaikan arahan kepada pelajar, pelajar bertanyakan soalan.
    - pelajar berkomunikasi dengan kakitangan pusat maklumat hutan simpan tersebut.

    7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa:
    - Pelajar meneroka ke dalam hutan tersebut melalui denai yang disediakan merangkumi hampir keseluruhan hutan.
    - pelajar mengambil masa hampir tiga jam untuk menerokai hutan simpan tersebut.

    8. Pendapat mengenai pengajaran secara field trip:
    ~ Boleh meningkatkan pemahaman kerana pembelajaran secara langsung, menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan memberi kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati keadaan alam sekitar hutan dan peluang mengalami situasi sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawaban soalan no 6 kurang mantap. Soalan no 7 salah. Sila rujuk nota KPS (PP) yg telah diberi atau cari sendiri maklumat KPS di internet.

      Pembelajaran secara pengalaman tidak dimasukkan dalam jawaban soalan no 8

      Delete
    2. tambahan Soalan 6: pelajar memindahkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk tulisan dan juga lukisan gambaran hutan.

      Correction soalan 7:
      - semakin tua usia pokok semakin bertambah saiz batang pokok dan ketinggiannya.
      - semakin rendah kawasan hutan semakin jarang terdapat pokok kerana kurang mendapat cahaya matahari.

      Delete
    3. tambahan soalan 8: selain itu, pengajaran secara field trip juga dapat mendedahkan pelajar kepada pembelajaran secara pengalaman iaitu pelajar merasakan dan melihat sendiri keadaan hutan secara nyata yang mana ianya boleh dihidu, disentuh, dirasa dan sebagainya. oleh itu, pelajar dapat membuat pemerhatian yang lebih jelas dan berkesan.

      Delete
  10. Kumpulan : Noor Azliza Binti Abdul Rahim
    Fairulliza Binti Abdu Rashid
    Norhafizan Binti Mukhtar

    1) Bukit hutan Bukit Nanas dikategorikan sebagai hutan Dipterokap Pamah ialah kerana hutan ini mempunyai bilangan pokok yang pelbagai jenis dengan spesis utamanya terdiri daripada pokok-pokok seperti Meranti, Cengal, Keruing dan sebagainya.

    2) Antara ciri-ciri hutan tropika ialah :

    a. Malar hijau. (Tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun kerana tiada musim luruh yang nyata).

    b. Hutan padat dengan pelbagai jenis flora dan fauna

    c. Tumbuh bercampuk aduk (banyak spesies) dan bukan berdirian tulen

    d. Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:


    i. Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)

    ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter)

    iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter)

    iv. Lantai hutan(kurang 10 meter

    3) Perbezaan hutan ini dengan hutan-hutan sekelilingnya ialah hutan ini adalah hutan simpan yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang bernilai tinggi dan menyumbang udara segar sekitarnya, berbanding hutan sekelilingnya iaitu hutan batu yang terdiri daripada bangunan-bangunan pencakar langit akibat daripada pembangunan negara.

    4) Pokok Meranti Pa'ang

    Pokok sederhana besar, boleh mencapai 60m tinggi. Batang tanpa dahan hingga 20-30m, banir setinggi 2-3m, Kulit batang tebal serta merekah. Kulit dalam berserabut dan berlapis. Daun eliptik-oblong,licin. Bunga kecil, kuning pucat. Buah mempunyai tiub sepal bulat, 3 sayap.

    5) Ada dilukis di kertas A4

    6) SMK Convent Bukit Nanas

    7) Antara ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini ialah pembangunan hutan batu di sekeliling. Jika tidak dikawal dan tidak terancang akan menyebabkan berlaku kemusnahan ke atas tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalamnya. Selain itu, walaupun hutan Bukit Nanas ini tidak besar namun, sedikit sebanyak hutan ini menjadi penyumbang utama udara bersih pusat bandaraya. kemusnahannya akan meningkatkan lagi kadar suhu malah satu-satunya warisan habitat semula jadi untuk tatapan generasi akan datang hanya akan tinggal kenangan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan....

      8) Proses asas sains

      a) Observing
      Kualitatif : Melalui pemerhatian kualitatif hutan simpan Bukit Nanas mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan komersil, udara segar dan persekitaran yang bersih.
      Kuantitatif : Terdapat 3 denai interpretasi yang kami lalui (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong)

      b) classifying : Mengelas jenis-jenis tumbuhan seperti pokok-pokok berharga ( meranti, keruing ) dengan pokok-pokok herba (serai wangi, misai kucing )

      c) measuring and using numbers : Hutan ini berusia 106 tahun dengan keluasan 9.3 hektar

      d) inferring) : Kedudukan hutan ini di tengah-tengah pusat bandar menjadikan satu-satunya kawasan yang masih mempunyai udara segar dan belum tercemar.

      e) predicting : Jika usaha memelihara dan memulihara hutan ini tidak diteruskan akan berlaku kemusnahan terhadap flora dan fauna di dalamnya. Usaha memelihara dan memulihara hutan ini harus diteruskan sebagai warisan dan khazanah negara kepada generasi akan datang.

      f) communicating) : Pelajar mendapatkan maklumat melalui pusat maklumat dan bilik pameran yang disediakan.

      g)using space/time relationship) : Hutan simpan ini terdapat ruang bertangga batu memudahkan pengunjung mendaki walaupun ada terdapat kecerunan yang mencecah 30 darjah. Terdapat juga ruang denai tanah yang menuntut stamina tinggi untuk menerokai keseluruhan hutan ini

      9) Pengajaran secara field trip dapat memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Selain itu, pelajar akan cuba sendiri mencari data dan maklumat yang diperlukan. Melalui pengamatan pelajar akan berbincang sesama sendiri mencari konsep-konsep yang perlu dihurai.

      Melalui field TRip juga dapar memupuk minat dan memberi motivasi kepada pelajar untuk menyelidik terjadinya sesuatu peristiwa seterusnya memberi pengetian yang lebih luas tentang kehidupan dan masyarakat. Akhirnya pembelajran melalui field trip meningkatkan lagu perhubungan sosial seseorang pelajar.

      Delete
  11. Assalamualaikum...

    nama ahli: kg 2.6 pendidikan khas masalah pembelajaran
    1. siti salwa bt jumari
    2. nurul huda bt kamaruddin
    3. faridah ani bt abd. aziz

    soalan 1
    hutan simpan bukit nenas dikenali sebagai hutan dipterokarp kerana hutan ini terdpt dikawasan kaki bukit atau tanah pamah rendah, bersifat malar hijau serta mempunyai pokok-pokok yang berharga seperti cengal, balau, meranti dan kuing.

    soalan 2
    ciri-ciri hutan hujan tropika adalah pertama, menerima purata hujan yang sama sepanjang tahun, tumbuhan terdiri daripada malar hijau, batang pokok lurus dan dahannya tumbuh dibahagian atas pokok, mempunyai empat lapisan. yang pertama emergen ataupun renjung terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi melebihi 40m, pokok ini tumbuh tinggi kerana untuk mendapatkan cahaya matahari, selain itu pokok ini juga berakar banir berfungsi menahan pokok dari tumbang, lapisan kedua pula terdiri daripada pokok yang sederhana padat dengan ketinggian 20 hingga 40m. pokok-pokok ini tumbuh rapat lalu membentuk kanopi yang tebal berfungsi sebagai penghalang cahaya matahari masuk terus ke lantai hutan. lapisan ketiga terdiri daripada pokok yang berukuran 10 hingga 20m. contoh tumbuhan epifit dan parasit. lapisan keempat terdiri daripada pokok yang kurang daripada 10m tingginya. contoh cendawan.

    soalan 3
    hutan simpan bukit nenas adalah hutan di tengah-tengah bandaraya yang dikelilingi oleh hutan batu iaitu bangunan-bangunan.

    soalan 4
    pokok cengal kegunaan untuk membuat perabot dan boleh dieksport keluar negara serta boleh menambah pendapatan kepada negara. tetapi kita perlu memantau aktiviti penebangan pokok cengal kerana pokok cengal memerlukan masa yang lama untuk matang.

    soalan 5
    terdapat pokok yang tinggi, sederhana tinggi dan pokok renek, daun bermalar hijau, serta mempunyai pokok-pokok yang bernilai tinggi, keadaan hutan yang berdenai, tanah yang lembab.

    soalan 6
    smk convent bukit nenas

    soalan 7
    pembangunan disekeliling hutan boleh menyebabkan kemusnahan hutan. kesannya hakisan tanah, banjir kilat, kepupusan pokok-pokok berharga, flora dan fauna kehilangan habitat semulajadi, mengganggu ekosistem.

    soalan 8
    1. pemerhatian
    kualitatif
    mengira bilangan pokok yang terdapat di dalam hutan, pelajar yang terlibat seramai 25orang
    kuantitatif
    keadaan ataupun suasana yang terdapat di dalam hutan iaitu sejuk, udara yang nyaman

    2. pengelasan
    mengelas jenis-jenis pokok yang berharga seperti cengal, seraya, merbau dan lain-lain

    3. mengukur menggunakan nombor
    usia hutan 106tahun, keluasan hutan 9.3 hektar

    4. inferens
    gambaran awal tentang hutan. pengetahuan sedia ada dan di aplikasi sewaktu lawatan ke hutan tersebut.

    5. meramal
    hutan tersebut mempunyai 4 lapisan pokok, oleh itu murid meramal hutan tersebut sebagai hutan hujan tropika
    6. komunikasi
    interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan pegawai yang bertugas

    7. perhubungan ruang dan masa
    pelajar diberi masa untuk menerokai hutan simpan bukit nenas tersebut.

    8. kepentingan dan masalah
    murid dapat menghargai hutan tersebut dan boleh mengesan masalah yang boleh memberi kesan kepada hutan tersebut

    9. pendapat kami kaedah pengajaran secara field trip ini boleh menarik minat murid kerana ianya memberi murid pengetahuan yang lebih serta boleh merasai sendiri pengalaman tersebut.

    ReplyDelete
  12. Nama ahli : Arma Nirwani, Nor Azwani, Maznah , Esmala Sham


    1. Terdapat pelbagai jenis pokok yang mempunyai nilai komersial seperti Shorea leprosula, Shorea ordis, shorea bracteolate dan banyak lagi

    2. Ciri – ciri Hutan Hujan Tropika ini adalah
    a) Menerima hujan sepanjang tahun secara puratanya sekitar 2000mm setahun.
    b) Hutan malar hijau yang mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna di antaranya tumbuhan saprofit dan fungi yang membantu dalam ekosistem hutan.
    c) Mempunyai 4 lapisan pokok di mana pokok – poko ini berebut untuk mendapatkan cahaya matahari.

    3. Hutan ini telah berusia lebih 100 tahun, dan pelbagai spesis pokok yang bernilai tinggi masih terdapat di dalam hutan simpan ini. Hutan ini terletak di tengah – tengah pusat bandar Kuala Lumpur di mana hutan ini telah dikelilingi oleh hutan batu kerana pembangunan yang pesat disekitarnya.

    4. Morfologi flora yang terdapat di hutan ini adalah :( Meranti Pa’ang)
    a) Pokok sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 m
    b) Batang tanpa dahan sehingga 20 – 30 m
    c) Mempunyai akar banir setinggi 2 -3 m
    d) Kulit batang tebal serta merekah
    e) Kulit dalam berserabut dan berlapis
    f) Jenis daun eliptik – oblong serta permukaan daun licin
    g) Bunga kecil, warna kuning pucat
    h) Buah berbentuk tiub sepal bulat dan bersayap 3.

    ReplyDelete
  13. NAMA AHLI KUMPULAN: 1-NOR EDAYAH BINTI ROSET
    2- RAFIDAH BINTI SALLEH
    3- SITI NURAIDA BINTI MOHD JAAFFAR
    Jawapan
    S1- Hutan ini mempunyai bilangan pokok yang padat dan pelbagai jenis . sepsis utama ialah pokok meranti, pokok cengal dan pokok nyatoh.
    S2- a- Pokok-pokok di hutan ini adalah jenis malar hijau. Silara –silara pokok tumbuh secara rapat-rapat dan padat membentuk kanopi ( menutup Ruang . lapisan kanopi ini menghalang sebahagian besar daripada pancaran matahari menembusi lapisan pokok-pokok dibawahnya.
    b- Hutan ini mempunyai pokok kayu keras seperti meranti, cengal dan nyatoh. Terdapat pokok-pokok berdaun lebar, berbentuk sudu, berbulu, berlilin, berbatang lurus dan tinggi serta berakar banir. Selain itu terdapat juga pokok-pokok menumpang seperti orkid, periuk kera dan pokok melilit (menjalar) seperti rotan.
    c- Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:
    d-Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:
    i. Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)
    ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter)
    iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter)
    iv. Lantai hutan(kurang 10 meter
    S3- Perbezaan hutan ini dengan hutan-hutan sekelilingnya kerana hutan ini berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan konkrit. Hutan ini juga merupakan hutan simpan yang mempunyai pelbagai khazanah alam dan jenis tumbuhan yang bernilai tinggi. Hutan ini juga berperanan membekalkan udara segar , berbanding hutan sekelilingnya iaitu hutan batu yang terdiri daripada bangunan-bangunan pencakar langit akibat daripada pembangunan Negara yang pesat berlaku.
    S4- Morfologi pokok kandis
    - Pokok sederhana besar mencapai 25 meter tinggi
    - Silara monopodial selalunya membentuk kon
    - Kulit batang coklat gelap, merekah atau bersisik
    - Kulit dalam kuning dengan mengeluarkan getah kuning
    - Daun bersetentang , eliptik-oblong , licin,utat kedua tidak jelas
    - Bunga jenis bersendirian , kecil dan berwarna kuning muda
    S5- Hutan ini terletak di kawasan bercerun dan berbukit. Hutan ini mempunyai lapisan pokok yang tinggi, sederhana tinggi dan pokok renek,berdaun malar hijau, serta mempunyai pokok-pokok yang bernilai tinggi, keadaan hutan yang berdenai, tanah yang lembab.

    ReplyDelete
  14. JWPN:1. Bukti yang menunjukkan kewujudan Hutan Simpan Bukit Nenas ini adalah merupakan Hutan Dipterokarp Pamah kerana terdapat pelbagai jenis pokok berkayu di dalamnya yang terbahagi kepada kumpulan utama kaum damar iaitu Meranti(Shorea), Merawan(Hopea), Keruing (Dipterocarpus)dan Resak(Vatica).


    JWPN:2. Ciri-ciri hutan simpan ini ialah:
    a)Malar hijau -Tumbuh-tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun kerana tiada musim luruh yang nyata.
    b)Hutan padat dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Contoh, pokok-pokok berkayu, pokok-pokok renek, pokok herba, terdapat pelbagai haiwan seperti burung, landak, tapir, ular dan sebagainya.
    c) Pokok yang spesis paling tinggi di dunia ialah pokok kaum damar. selain mempunyai ketinggian bangunan 23tingkat dan penting dalam perusahaan.
    d) Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:
    i.Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)
    ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter
    iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter
    iv. Lantai hutan(kurang 10 meter


    JWPN:3.Hutan Simpan Bukit Nenas ialah hutan yang dikeliling dengan hutan batu manakala hutan simpan ini adalah hutan yang dijaga dan dipelihara serta tidak diteroi sewenang-wenangnya.



    JWPN:4. Morfologi pokok chengal: berakar banir, berkayu keras, kulit pokok yang mempunyai damar penak digunakan dalam pembuatan varnis. pokok yang mengeluarkan buah bersayap,kulit batang licin dan beralur, bentuk daun bulat dan meruncing di hujung.

    Disediakan:
    JUNADIAH BINTI MOHD TAHIR,
    DHALILA BINTI SULAIMAN

    ReplyDelete
  15. NAMA AHLI KUMPULAN: 1-NOR EDAYAH BINTI ROSET
    2- RAFIDAH BINTI SALLEH
    3- SITI NURAIDA BINTI MOHD JAAFFAR
    SAMBUNGAN
    6. SK Convent Bukit Nenas
    7. Ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini ialah ancaman hutan batu yang berada di sekeliling hutan tersebut. Hutan batu yang ada akan mewujudkan persekitaran yang memerlukaan pembangunan dan mungkin memusnahkan persekitaran hutan tersebut. Kesan kepada hutan ini akan menyebabkan kemusnahan flora dan fauna yang ada dalam hutan tersebut. Selain itu, habitat haiwan akan hilang tempat tinggal kerana pembanguan yang pesat. Suhu di kawasan sekitar juga akan menjadi panas kerana penenbat haba iaitu pokok-pokok telah di tebang. Seterusnya kita kehilangan khazanah yang sangat bernilai kerana hutan Bukit Nenas merupakan hutan yang berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
    8. Contoh kemahiran proses sains asas yang telah diaplikasi sepanjang penerokaan di hutan ini ialah:
    a) Pemerhatian- pemerhatian yang dibuat boleh dibahagikan kepada kualitatif dan juga kuantitatif. Pemerhatian kualitatif yang dibuat ialah merasai suasana berada di hutan tersebut, keadaan di sekeliling dan sebagainya. Permerhatian kuantitatif ialah menentukan jumlah pokok yang ada di hutan tersebut.. Mengetahui denai yang telah diwujudkan iaitu Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong
    b) Pengelasan- pengelasan yang dilakukan dihutan ini ialah dapat mengetahui jenis-jenis pokok berkayu ( chengal, keruin, merawan, resak, nyatoh) pokok tidak berkayu, (bunga kantan, pandan)
    c) Mengukur Menggunakan Nombor- aplikasi yang telah dibuat ialah mengetahui usia hutan iaitu berusia 106 tahun dan keluasan hutan tersebut 9.3 hektar
    d) Infrens – aplikasinya ialah membuat ramalan/ gambaran awal terhadap hutan tersebut
    e) Meramal – ramalan yang dilakukan ialah jika hutan ini tiada, kita akan kehilangan sumber oksigen, banjir kilat akan berlaku dibandar kerana tiada kawasan yang boleh menyerap air ke dalam tanah, suhu dikawasan Bandar akan bertambah panas , haiwan-haiwan kecil tiada tempat tinggal serta generasi akan datang akan rugi kerana tiada khazanah bernilai yang boleh dijadikan harta untuk mereka.
    f) Komunikasi- aplikasi yang telah dilakukan ialah berkomunikasi dengan pensyarah ketika pemulaan trip dilakukan. Selain itu kemahiran komunikasi yang dilakukan ialah komunikasi dengan pegawai-pegawai yang bertugas di pusat maklumat untuk mengetahui secara terperinci berkenanan hutan tersebut.
    g) Perhubungan ruang dan masa- perhubungan ruang dan masa yang dapat dilihat ialah pelajar dapat menerokai kawasan hutan Bukit Nenas secara keseluruhnya dan mengambil masa selama 3 jam
    9. Padangan mengenai Trip yang dijalankan ialah dapat memberi kefahaman dengan lebih jelas tentang kehidupan flora dan fauna di hutan Bukit Nenas secara realiti serta dapat menjalinkan perhubungan sosial yang baik sesama rakan pelajar.

    ReplyDelete
  16. SAMBUNGAN

    5. Terokai hutan ini dan gambarkannya di dalam sebuah kertas A4 mengenainya
    JWPN:5. Jika digambarkan hutan ini terdapat pelbagai jenis spesis pokok yang tumbuh menghijau, renek, malar hijau, pokok tinggi malah tumbuh setinggi 421meter iaitu sama tinggi dengan MENARA KL, pokok bukan damar seperti kelat, kasai, merbau, tualang, jelutong, dan pokok getah.


    6. Namakan Institusi pendidikan yang terletak dipinggir hutan ini.
    JWPN:6. Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nenas.



    7.Bincangkan ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini dan apakah kesannya jika ianya berlaku
    JWPN:7. Ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini seperti:-
    Ancaman utama dengan adanya pembangunan yang tidak terancang akan menyebabkan kemusnahan flora dan fauna di dalam hutan ini. Pembangunan yang tidak terancang telah menyebabkan pelbagai khazanah hutan seperti pokok chengal, meranti, keruing dan lain-lain akan berkurangan untuk kekuganann jangka masa panjang. Hutan ini mempunyai kelebihan sebagai kawasan tadahan hujan dan terlindung daripada hakisan dan tadahan. Ia akan terhapus jika pembangunan, penerbangan pokok akan mengurangkan bekalan oksigen sekaligus meningkatkan suhu di sekitanya. Haiwan juga akan kehilangan tempat tinggal. selain itu, ia juga akan memberi risiko kepada terjadinya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.Selain daripada aktiviti-aktiviti manusia, semula jadi seperti cuaca, iklim, dan pencemaran juga merupakan punca deforestasi. Sebagai contoh, cuaca yang panas mudah menyebabkan pembakaran hutan kerana suhu bumi yang tinggi. Hutan acid yang disebabkan oleh pencemaran akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hutan dan menyebabkan berlakunya deforestasi jika keadaan ini berlaku berterusan.


    8.Jelaskan dengan contoh setiap kemahiran proses sains asas yang anda aplikasi sepanjang penerokaan di hutan ini.
    JWPN:8. Kemahiran proses sains yang dapat diaplikasikan sepanjang penerokaan di hutan ini adalah seperti berikut:-
    a) PEMERHATIAN
    i)kualitatif-mengira bilangan pokok yang terdapat di dalam hutan, mengukur ukur lilit pokok cthnya pokok pulai 157inci.
    ii)kuantitatif-suasana yang terdapat di dalam hutan iaitu sejuk, udara yang nyaman, dapat mendengar kicauan burung-burung dan bunyi cengkeret.

    b).PENGELASAN- kategorikan jenis-jenis pokok yang berharga seperti cengal, meranti, merbau,meruing dan lain-lain.

    c). UKURAN NOMBOR-usia hutan ini 106tahun, keluasan hutan 9.3 hektar, pokok tertinngi 421meter setinggi Menara KL

    d).INFERENS-gambaran awal tentang hutan melalui pengetahuan sedia ada dan dapat digunakan sewaktu lawatan ke hutan tersebut.

    e). MERAMAL-Huntan Hujan Tropika ini mempunyai 4 lapisan pokok

    f). KOMUNIKASI- temubual antara pegawai Hutan Bukit Nenas dengan pelajar jpk

    g). PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA- pelajar diberi masa untuk menerokai hutan simpan bukit nenas tersebut anggaran 2 jam.

    h). KEPENTINGAN DAN MASALAH-murid dapat menghargai hutan tersebut dan boleh mengesan masalah yang boleh memberi Impak kepada hutan tersebut


    9. Beri pendapat anda mengenai kaedah pengajaran secara field trip yang dilakukan ini.
    JWPN:9. kaedah pengajaran field trip yang dilakukan ini mampu menerap sikap kesungguhan pelajar untuk berusaha mencari jawapan sedaya upaya dengan jangka masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Disamping itu, kaedah ini mendapat ilmu pengetahuan secara tidak langsung denganpemerhatian dan pengamatan pelajar. Selain itu, pelajar dapat membeza dan membandingkan flora fauna yang terdapat dalam hutan tersebut.


    Disediakan:
    JUNADIAH BINTI MOHD TAHIR,
    DHALILA BINTI SULAIMAN

    ReplyDelete
  17. 6. Sek. Men. Convent Bukit Nenas, Sek. Kanak – Kanak Istimewa ( Cacat pendengaran), S.M. St. John

    7. Ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini adalah kerana berdekatan dengan bandar dan laluan kenderaan di mana udara tercemar kerana asap kenderaan. Selain itu, terdapat projek perumahan baru sedang dibangunkan di Jalan Ceylon.

    8. 8. Kemahiran prose sains
    a) Pemerhatian :
    - Kualitatif :
    Membuat pemerhatian dengan menggunakan pelbagai jenis deria seperti mata,(melihat pelbagai jenis spesis flora dan fauna)
    Telinga(mendengar bunyi burung serta serangga hutan)
    Hidung ( menghirup udara segar dan nyaman)
    ,tangan (menyentuh dan merasa permukaan batang pokok serta daun – daun pokok)
    - Kuantitatif :
    bilangan pelajar yang menyertai lawatan seramai 25 orang
    Mempunyai 3 jenis denai iaitu : Denai arboretum, denai Penarahan , dan Denai Merbau – jelutong)
    b) Pengelasan – mengelaskan spesis yang terdapat di dalam hutan simpan tersebut berdasarkan jenis pokok berkayu dan tidak berkayu, pokok berdaun selari atau jejari
    c) Mengukur menggunakan nombor : usia hutan lebih 100 tahun dan keluasan hutan adalah 9.3 hektar.
    d) Membuat inferens : - hutan ini sangat menarik kerana masih mempunyai keindahan semulajadi dengan suasana dan udara yang nyaman, pokok kehijauan, mempunyai denai atau trek yang disediakan dan memudahkan utk pelancong menerokai kawasan hutan sambil bersiar – siar dan mendaki bukit disamping melihat kepelbagaian spesis flora dan fauna di kawasan ini.
    e) Meramal : jika hutan simpan ini tidak dijaga dan dipelihara dengan sebaik mungkin, maka ekopelancongan akan terjejas kerana hutan ini merupakan satu – satunya hutan dara yang masih terpelihara dan menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjunginya.
    f) Komunikasi :
    - mendapatkan maklumat daripada pegawai galeri
    - mengambil gambar flora dan fauna
    - membuat catatan di buku catatan semasa lawatan berlangsung
    - perbincangan bersama ahli kumpulan
    g) menggunakan perhubungan ruang dan masa :
    - hutan mempunyai laluan ber tangga batu bagi memudahkan kita mendaki bukit Nenas ini walaupun ada kecerunan sehingga 30 darjah. Pelajar perlu mempunyai stamina yang kuat untuk menerokai keseluruhan hutan ini di mana mempunyai keluasan 9.3 hektar.

    9. Kaedah pengajaran secara field trip ini sangat menarik kerana dapat pengalaman baru dan melihat sendiri keindahan semulajadi hutan diptrokap pamah di mana dapat menghirup udara segar dan nyaman. Dengan kaedah ini, pelajar dapat mencari maklumat yang diperlukan sebaik mungkin bersama ahli kumpulan masing – masing.

    ReplyDelete