SELAMAT DATANG

Assalamualaikum..Blog ini merupakan salah satu cabang interaktif untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua. terutama dalam bidang Pendidikan Khas dalam konteks pendidikan di Malaysia.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini...

Tuesday 17 July 2012

TUGASAN (KAEDAH PENGAJARAN SAINS)


KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS (AMALI)
Hutan Simpan Bukit Nenas
Tarikh : 2 Julai 2012


Tugasan
Nama  tugasan : Aplikasi Kemahiran Proses Sains Asas melalui penerokaan HSBN.
Jenis tugasan : Berkumpulan (3 orang ahli).
                                

1.    Apakah bukti yang menunjukkan bahawa hutan ini dikategori sebagai Hutan Dipterokarp Pamah?

2.    Senaraikan ciri-ciri  Hutan Hujan Tropika ini.

3.    Banding beza hutan simpan ini dengan hutan-hutan disekelilingnya.

4.    Perincikan morfologi salah satu flora yang terdapat dalam hutan ini yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi negara.

5.    Terokai hutan ini dan gambarkannya di dalam sebuah kertas A4 mengenainya.

6.    Namakan Institusi pendidikan yang terletak dipinggir hutan ini.

7.    Bincangkan ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan hutan ini dan apakah kesannya  jika ianya berlaku.

8.    Jelaskan dengan contoh setiap kemahiran proses sains asas yang anda aplikasi sepanjang penerokaan di hutan ini.

9.    Beri pendapat anda mengenai kaedah pengajaran secara field trip yang dilakukan ini.



           

KEMAHIRAN PROSES SAINS


1) Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur
dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan
menggunakan perhubungan ruang dan masa.

Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan
fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat
atau instrumen yang dicipta atau direka boleh juga dilaksanakan untuk
membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin pemerhatian kualitatif,
pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan.

Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang
boleh diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.

Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)-
Pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan
atau alat berunit piawai.

Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut
mungkin betul atau tidak.

Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang
akan datang berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model,
jadual, graf, gambarajah, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan
sebagainya.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)-
Satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz
sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

2) Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data,
mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen.

Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk
graf dan membuat kesimpulan berdasarkan graf

Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi
tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan
diperhatikan. Ia membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh
bagi konsep yang dihuraikan.

Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah
yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar,
memalarkan pembolehubah lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak
bersandar.

Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan hasil
eksperimen yang dijangka berdasarkan data yang ada

Mengeksperimen/ mereka bentuk penyiasatan (experimenting/ designing
investigation)- Mengendalikan suatu eksperimen termasuk mengemukakan
soalan yang relevan, menyatakan hipotesis, mengenalpasti dan mengawal
pembolehubah, mendefinisikan pembolehubah secara operasi dan
mengintepretasikan hasil eksperimen.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang Pendidikan Khas dalam konteks di Malaysia..Insyallah..